Friday, July 16, 2010

cerita si khanas...

assalamualaikum...

ape yer aku nak post kali ni...? aku teringat cerita yg diceritakan oleh lecturer aku dalam kelas law. dalam minggu ni jugak kut... sebagai selingan untuk merehatkan minda la. nak tau kisahnyer?

ceritanya begini...

pernah dgr nama khannas? aku tak pasti la ejaan betul ke tidak tp itu la lecturer aku sebut. khannas tu nama anak syaitan. kisah khannas ni berlaku pada zaman nabi Adam dan Hawa. si Hawa ni teringin sangat nak ada anak, dalam keadaan die teringin tu, sifat keibuan die sangat tinggi. semua pun sedia maklumlah, kerja syaitan ni xsah xmenyesatkan manusia. so si syaitan plan la strategi die yang busuk tu...

suatu hari ni, syaitan dtg dgn menjelmakan diri bersama anaknya bernama khanas...
"Hawa, boleh tlg jagakan anak aku? aku ade hal kejap." Hawa pun dengan seronok menyambut bayi syaitan yang bernama khannas tersebut. tak lama kemudian, Adam balik lalu melihat isterinya sedang menguruskan bayi. Adam tau bahawa itu adalah helah syaitan yang cuba menyesatkan mereka.

"Buat ape nak jaga bayi syaitan ni, sudah, tak payah jaga lagi!" kata Adam lalu mengambil bayi tersebut dari tangan Hawa dan terus mencincang-cincang bayi itu dan seterusnya menggantungkan daging-daging bayi itu di atas pokok.

tak lama kemudian, syaitan datang ke rumah Adam dan Hawa untuk mengambil semula anaknya, si khanas.
"mana anak aku?" syaitan bertanya kepada Hawa.

"tu, Adam dah gantung kat pokok" jawab Hawa sambil menunjuk ke arah pokok yang dimaksudkan.

syaitan relax lagi, dan die pun memanggil anaknya untuk pulang.

"khannas, khannas... mari kita pulang nak..." biasala, syaitan kan boleh transform nak jd ape die suka. so khanas pun transform balik menjadi bayi. huhu!

keesokkan harinya, syaitan yang tanpa berputus asa dtg lagi ke rumah Hawa. dengan sifat keibuaan yang sangat tinggi Hawa tidak menolak untuk menjaga khannas. Adam pulang ke rumah dan melihat lagi bayi syaitan berada dalam rumahnya. Adam marah lalu mencincang bayi tersebut dan meletakkannya kedalam perigi. tak lama lepas tu syaitan datang untuk membawa anaknya pulang.

"mana anak aku?" syaitan bertanya kepada si Hawa.

"Adam dah cincang letak dalam perigi" jawab si Hawa. syaitan relax jer, seperti biasa die pun memanggil anaknya.

"khannas, khannas, come to mama! (kununnyer)" maka si khannas pun transform semula menjadi bayi lalu syaitan membawanya pulang.

syaitan ni memang tak reti serik nak mengganggu hidup manusia kan, so esok die datang semula membawa anaknya untuk dijaga oleh Hawa. Hawa tidak menolak untuk menjaganya. tak lama lepas tu, Adam pulang ke rumah dan sekali lagi Adam melihat Hawa masih menjaga bayi tersebut. Adam dah fedup lalu berkata...

"Hawa, kita cincang saja bayi syaitan ni dan kita makan. biar die xboleh transform lagi jadi bayi."
maka bayi itu pun dicincang-cincang lalu dimakan oleh Adam dan Hawa dengan harapan khannas tak transform lagi menjadi bayi. tak lama kemudian, syaitan kembali untuk mengambil anaknya.

"khannas, khannas! khannas kat mana, mari kita pulang sayang..."

"khannas dalam perut Adam dan Hawa ni ibu" kata si khannas.

"haa... bagus! dudukla diam2 dalam perut mereka. memang itupun yang ibu nak" kata si syaitan dengan bangga riak takbur angkuh dan sombongnya...

so... adakah anda pembaca-pembaca faham apa yang dimaksudkan dari cerita ini...? kita adalah generasi Adam dan Hawa, maka khannas pun turut diwariskan sekali kedalam diri kita manusia ini. nak bagi jelas, walaupun kita tau dalam bulan puasa, bulan ramadhan, syaitan suma diikat kan? tp still ade manusia yg masih membuat perkara-perkara yg xbaik kan, walaupun syaitan xmenghasut dlm bulan tersebut. ini kerana khannas dlm diri kita tu wujud dan menguasai diri kita utk membuat sesuatu yg xelok.

jadi, kita sebagai manusia, kenalah tau untuk mengawal khannas dlm diri kita dr menguasai kita untuk melakukan sesuatu yg xbaik... saya ni xla baik sgt untuk menyampaikan pesanan ini, tp kita sama2 la beringat kan.. hehe!

terima kaseh sbb sudi bace! minta maaf kalo jalan crita diatas ade salah ke ape ke, sy cuma menyampaikan semula cerita yg dicritakan oleh lecturer sy.. yang penting, moralnya!
chowbedah!


Thursday, July 1, 2010

pandangan kanak-kanak

assalamualaikum!

hokay! hurmm... post ni related jgak dgn email yg aku slongkar tu.. aku ader receive email from kwn lama aku, die forward2 jela, skali forward utk aku.. so aku share kat sini la k~! cumel2!

This list is found in hundreds of locations in the Internet. There is no way to know whether it is a real collection of children's sayings or a hoax. But, ultimately, it doesn't really matter.

Children aged 4 to 8 were asked "What does 'love' mean. These are allegedly some selected responses.

bulletRebecca- age 8: "When my grandmother got arthritis, she couldn't bend over and paint her toenails anymore. So my grandfather does it for her all the time, even when his hands got arthritis too. That's love."

bulletBilly - age 4: "When someone loves you, the way they say your name is different. You just know that your name is safe in their mouth." - i like!

bulletKarl - age 5: "Love is when a girl puts on perfume and a boy puts on shaving cologne and they go out and smell each other."

bulletChrissie - age 6: "Love is when you go out to eat and give somebody most of your French fries without making them give you any of theirs."

bulletTerri - age 4: "Love is what makes you smile when you're tired." - aku suka yg ni!

bulletDanny - age 7: "Love is when my mummy makes coffee for my daddy and she takes a sip before giving it to him, to make sure the taste is OK."

bulletEmily - age 8: "'Love is when you kiss all the time. Then when you get tired of kissing, you still want to be together and you talk more. My Mummy and Daddy are like that. They look gross when they kiss."

bulletBobby - age 7: "Love is what's in the room with you at Christmas if you stop opening presents and listen."

bulletNikka - age 6: "If you want to learn to love better, you should start with a friend who you hate."

bulletNoelle - age 7: "'Love is when you tell a guy you like his shirt, then he wears it everyday." - ni pun suke jgak! vice versa

bulletTommy - age 6: "Love is like a little old woman and a little old man who are still friends even after they know each other so well."

bulletCindy - age 8: "During my piano recital, I was on a stage and I was scared. I looked at all the people watching me and saw my daddy waving and smiling. He was the only one doing that. I wasn't scared anymore."

bulletClare - age 6: "My mummy loves me more than anybody You don't see anyone else kissing me to sleep at night."

bulletElaine-age 5: "Love is when Mummy gives Daddy the best piece of chicken."

bulletElaine-age 5: "Love is when Mummy sees Daddy smelly and sweaty and still says he is handsomer than Robert Redford."

bulletMary Ann - age 4: "'Love is when your puppy licks your face even after you left him alone all day."

bulletLauren - age 4: "'I know my older sister loves me because she gives me all her old clothes and has to go out and buy new ones."

bulletKaren - age 7: "When you love somebody, your eyelashes go up and down and little stars come out of you."

bulletMark - age 6: "Love is when Mummy sees Daddy on the toilet and she doesn't think it's gross."

bulletJessica - age 8: "'You really shouldn't say 'I love you' unless you mean it. But if you mean it, you should say it a lot. People forget."

And the final one -- Author and lecturer Leo Buscaglia once talked about a contest he was asked to judge. The purpose of the contest was to find the most caring child. The winner was a four year old child whose next door neighbor was an elderly gentleman who had recently lost his wife. Upon seeing the man cry, the little boy went into the old gentleman's yard, climbed onto his lap, and just sat there. When his Mother asked what he had said to the neighbor, the little boy said, "Nothing, I just helped him cry"


so sweetkan budak2 ni... pandai je mereka kan... hehe!


perbandingan / hero ku

-part 1-

assalamualaikum!


hiya! apa khabar? sehat2? gud~!! whatever it is, nowadays suma kena jg kesihatan okkayy..

hmm... laz few days aku ade check email lama aku, n slongkar la mane yg aku rasa patut buka.. byk giler mail msg! lebih 3000.. tp aku xde masa nak buka satu2 lagipun tu notification dr social web aku yg lain slain dr fb.. aku pun delete all.. oh yeah! clean!

pastu aku tgk ade satu folder kat sidebar tu. nama folder tu "gambar". makanya aku pun buka la then tgk byk nyer aku save gambar dlm tu.. suma zaman skolah punya. nampak muka aku nampak kurusss sdikit berbanding skarang yg... erm.. xmo la sebut.. ekeke *xnak trima hakikat*!

mari kita buat perbandingan sama ada byk x prubahan utk durasi 2006-2010... aku letak gmbr yg baik2... supaya aku trus ingat utk mnjadi yg baik2, doakan perubahan thadap diri aku yer... ;)



okay, ni tahun 2006... sweet kan? *cewah!*

hurm... ni 2007, harap maklum ye, dlm mulut aku tu ade makanan. aku ni kalo makan mmg suka kemam... *xnak mengaku tembam*...

okay, ni 2008... tym keje kt mini spa..

baiklah, ini 2009...

n... ni 2010!! oh no! i look fat in this pic! apa kata guna pic lain yg kaber suma...

haa.. okeh.. hehe

u see? so far, aku maintain je kan? KAN? KAN? KAN? mcm suma gambar di taken dlm durasi seminggu je padahal 4 tahun.. huhu.. so, antara kelima2 gambar, mane yg anda suka.. cewah!!
tapi paling aku xley blah... gambar ni:-

HAHAHA! dun b afraid! ni bukanlah pertunjukkan teater, mahupun kartun pikachu kesukaan kanak2 suatu ketika dahulu.. apatah lagi filem2 seram.. hohoh!
ni aku n Mizah buang tebiat kul 4-5 pagi kt umah aku. tym ni die temankan aku sbb parents aku pgi brunei, cuzen aku kawen.. aku xleh ikut, satu sbb xde passport.. kedua, sbb aku dah involve ngn dorang2 ni ikut ptandingan nasyid.. so xnak hampakan dorg, aku stay.. sobsob..
habes make up mak aku kitorg kerjakan..
n muka mizah mmg agak serem kt situ..
gulpz!

-end of part 1-

*************************************************************************************
-part 2-

hoorraaaiitt!

now nak cite sal ape plak yer? HERO ku!! yeay! aku berjaya ambik gmbr2 model legend peberet aku yang hensem lagi kacak bergaya (bertuah mak aku) tym die tgh syok shoppink! yg best nyer, ape aku nak sauk je, die juz kate "orraiit!"... wahwahwah! so nak tengok sesi candid yg di ambil... eheh aku malas nak edit, letak link je la kat stiap gambar.. *macam la ade org nak curik gmbr model aku ni* huhu! yeah mari2 kita lihat!


orait, first of all, kita cari buah-buahan dulu k! pastikan yang segar! my dad really love green apple!

cuba mengelak dari mamarazi... hahah! bpk aku ni kecik2 dulu jarang men kejar2 kut... ngn aku pun leh bekejar2 dlm supermarket...? huhuhu
sesampainyer di kawasan ikan... pilih2 dulu nak mkn ikan ape, n mula terkenangkan bini kat umah, nanti bini nak masak ape...
haaa.. dah pilih pun! ikan ape ntah nama aku lupa laa... yang pasti masa ni aku tertarik ngn sesuatu kat sebelah item yg bpk aku capai tu...
ni dierr, dah lam bakul pun.. wahahah! korang tau ape tu? besar kan? hehe i loike! tu telur ikan tenggiri! aku dah leh bayang mak aku gorengkan... urgghh sedapnyer! sungguh! kalo bapak aku refuse xnak beli ni, nanti jadi kisah batu belah batu betangkup pulak, HAHAHA! kempunan nak makan telur ikan tembakol!
oke! mari beli sayur-sayuran pulak! bpk aku suka makan sayur sawi.. tapi aku TAK! xmo! pahit! hilang slera mkn trus! yek yek! tapi itulah yg bagus sebenarnyer, huhu yg sedap itulah membawa penyakit!
pilih yg elok! xmo yg nampak dah layu lemah gemalai... bpk aku ni perfectionist.. kalo xde jugak, die sanggup g supermarket lain..
yeah2! ribena! jgn sangka la bpk aku beli ribena tu untuk aku, padahal die yg suka! cam budak2 kan? mungkin sebab dulu2 die xde can nak rasa puas2, mengenangkan anak2 jer... sob sob sob... ribena mampu membuat rasa insaf skjap.. hehek!
hmm... tangan tuu mencapai yg mana tu? salu menu die minum petang, tu yg kat atas kaler merah tu, BOH 3in1... tp kenapa plak mencapai yg biru kt bwh tu...? aku tolak tepi semua kehairanan aku, trus menghasut bapak aku untuk letak paket biru tu ke dalam bakul.. hahah!
hah! oke! dah xde penambahan lagi! sebab hari dah lewat... xde masa nak ronda2 satu supermarket! sebab... satu sebab bpk aku bekejar ngn waktu magrib, satu lgi sebab, bekejar nak g KFC, tkut jalan jamm.. hehe! aku request awal2 lagi sebelum kuar bahawasanya aku nak mkn kfc.. hehe!
so, ape yg anda lihat dlm bakul tu? ade ribena, oren, buah pear, epal ijau, teacino (paket biru td), kacang 3 bungkus, skittles, yg bawah2 tu seperti, ikan, sayur n telur ikan.. hehe!
fyi, sesi shopeng ni bersambung pada keesokkan harinya.. huhu! lagi mcm2 aku rembat!

so... yeah! besh sbenarnya g membeli belah barang2 dapo ngn bpk aku! sronok! boleh main2 lam supermarket, boleh capai apa saja yg anda mahu! n pling besh skali bpk aku suka soh aku teka2 brapa jumlah rm item2 yg dibeli.. kalo dpt teka, die kasi rm100 straight away.. wahh! aku salu teka, hampir2 je.. huhu xpenah tepat.. penah! tpi suddenly bpk aku bekire sen pulak.. TAK ACI! huhu!

nahh... nanti xde dah aku leh dpt pluang mcm ni, dah nak fly ke smenanjung pulak.. TAKNAKTAKNAK! tapi mahu... huhu *apekah?* apekan daya kan, tanggungjawab! bpk aku dah curahkan mcm2! tunaikan apa saje! xkanla aku xleh tunaikan satu permintaan die kan.. so i will do my best pak!! i will! aku akan buktikan, that i can make u proud one day! harap2 aku sempat buktikan!

Ya Allah tuhan penciptaku, panjangkanlah umur ayahanda dan bonda ku, peliharalah kesihatan mereka... berikanlah aku peluang untuk membuktikan kepada mereka bahawa aku boleh berjaya! amin....

yeahh!! korang pun dah nampak mcm mana keakraban aku n bapak aku.. kalah bestfren forever out there tau.. ape2pun, aku mesti bersedia utk menerima apa sahaja kemungkinan yg berlaku (aku xnak ckp, korang paham2 sendiri la)... kalo aku xbersedia fizikal dan mental, aku takut nti aku akan trus dirundum kehilangan, sedih, n sunyi (sakit plak tekak menahan sebak, cool nia!)... no one can replace him! he's my only boyfriend oke!

so whoever nak ngn i nanti, u kena nyanyi LAGU ni in front of him!! amacam? hehex! *klik perkataan LAGU tersebut*
-
-
-
-
-
-
-
-
-
JUST KIDDING!
hehe by the way!
SELAMAT HARI-HARI for yall!
thanks for read my entry
really appreciate it!
plz drop ur COMMENT if u want to!
chowbedah!

Thursday, June 24, 2010

alahai BUJANG...

assalamualaikum!!!

ehem2... arinikan (ari rabu, 23 june 2010). actually mcm hari2 biasa jugak. aku tido lewat, bgn awal sket rinih. lunch dgn boyfriend kat umah, makan nasi dgn kari ayam tin yeos je. kenyang jugak! sebenarnya td antara dua jugak, nak drummet ke kari ayam? hmm... disebabkan aku terliur tgk boyfriend aku mkn nasi ngn kari ayam tin, aku pun tiru jugak lahhh... hahahaha! hurmm....

petang aku tido... pening kepala... bgn2 trus mandi then kebetulan boyfriend aku balik umah... die ajak kuar. mulanya aku refuse... xmo lah, tp boyfriend aku pandai ayat2 aku sampai aku layu dan lemah longlai tapi ttp bertenaga untuk menukar pakaian dan besiap sedia utk pergi bejalan2 shopenk brg dapo.. hehehe

aku men tangkap muat je then trus menyusul boyfriend aku ke kereta. pusing2 bintulu nak cari ikan, laz2 g parkcity mall... g supermarket situ je. beli brg2 dapo. i agree je bebeh, janji happy! huhu! sampai2, tgk suasana xde la brapa ramai org, mungkin sbb weekdays kut... so aku n boyfriend aku berjalan menuju ke supermarket... melangkah je ke pintu msuk aku capai bakul n letak pada mini trolley... then boyfriend aku sorongkan. dipendekkan crita, mcm2 yg kitorg beli! aku apa lg, tu la pluang nak amek mcm2! boyfriend byr kan... ekekekeke! salah satu favourite yg aku capai, lamb chop... yg dah siap merinet dah... nyum2! *xsabar nak balik rumah*

makan mlm dgn penuh bergaya... nasi lauk lamb chop. penah dgr? hahaha cuba la... besh jugak! kongsi satu slice ngn boyfriend, baru romentik... lgipun boyfriend aku xmkn sgt lamb chop, tkut gaot.. hohohoh! semasa aku dengan ganas mengunyah lamb chop, boyfriend aku memulakan cerita tentang, BUJANG....

Bujang... yer, bukan single or solo... tapi namanya Bujang. sangat handsome, segak, bergaya, kulit sawo matang, dan juga sahabat setia kepada boyfriend aku pada suatu ketika dahulu, ketika masih di bangku sekolah menengah... boyfriend aku menyatakan bahawa, bujang ni mmg BFF die dulu.. huhu! teman berbual, teman curhat (curahan hati), teman makan, dan sebagainya... boyfriend aku citer jugak, Bujang ni mmg ade jgak kawan2 lain tp bila ade boyfriend aku, die akan trus g kat boyfriend aku lah.. sungguhpun Bujang dan boyfriend aku xsama skolah, tp mereka kerap berjumpa apabila tamatnya waktu persekolahan.. pasti boyfriend aku pergi menemui Bujang, kadang2 bawa makanan utk Bujang.. bg boyfriend ku, Bujang saja la yg memahami jiwa raga boyfriend aku ketika itu.. huhu! Kadang2, boyfriend aku sengaja nak kenakan Bujang yg tengah kelaparan, die bawak bekas kosong lalu angkat tinggi2, meronta2 Bujang nak tgk ape dlm bekas tu.. kesian... hahah! xbaikkk!! boyfriend aku crita jugak, kadang2 kalau petang2 Bujang lambat balik ke rumah, atau mmg sengaja boyfriend aku menyimpan niat jahat kat Bujang, didendanya Bujang tuh! haih! perangai boyfriend aku sampai sekarang xubah2! dgn aku2 skali pun suka die mendenda! huhuh!

tau ape didendanya, alahai Bujang... disiramnye Bujang dgn air.. bukan stakat tu, boyfriend aku siap gosok2kan, sabun2kan.. sengaja taw boyfriend aku ni.. jahat! hahah! tau la si Bujang tu xbrapa bekenan sgt ngn air.. hahahaha alahai Bujang.. walaupun masa tu zaman skolah menengah, boyfriend aku ni masih lagi men kejar2 ngn si Bujang ni, masyaAllah.. ape nak jadi.. dah mereka ni sahabat yg baik, akrab..

tapi... setelah boyfriend aku tamat skolah menengah, boyfriend aku mula bz.. die terpaksa meninggalkan Bujang.. itulah lumrah kehidupan, pasti ada perpisahan.. Bujang xde kawan, ingatkan die pun nak follow boyfriend aku, tp xboleh.. Ade lg tanggungjawab lain yg Bujang handle.. lama mereka lost kontek.. kedua2 mereka sepi... xde teman bicara, teman luahan hati dan prasaan, teman lepak... kesian.. lagi2 si Bujang, kerana baginya boyfriend ku ini lah teman sejatinya dunia akhirat.. Boyfriend ku lah yg slalu berkongsi makanan dgn nya, mcm2lah.. Bujang sangat2 kesepian, kurus, nak kontek boyfriend aku pun payah.. hp xde, laptop xde, broadband apatah lg.. bapak boyfriend aku pun kesian tgk kat Bujang nih, temenung je kerjanya..

xlama kemudian, boyfriend aku dgr2 crite bahawa, Bujang telah pun dijual...DIJUAL??? scroll perlahan2 dgn penuh kesabaran....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
"haii... pe kaba? sronok baca kisah moyang saye?"

HAAAA.... lamb chop yg aku makan td bukanlah BUJANG... kisah bujang ini sudah berlaku kira2 40 tahun yg lalu.. alahai Bujang.. hehe!

dan sekarang, aku tengah perhatikan org bujang sedang tidur... NGEE! (topik lain)
*you kenal die kuttt* ;ppppp

p/s : boyfriend aku, Encik Rosli... bapanda aku... huahua!*
THANKS baca! chowbedah!

Saturday, June 5, 2010

engkau lah CINTAku, KEKASIHku, BOYFRIENDku, HATIku... YOU ARE SUPEREVERYTHING!



ASSALAMUALAIKUM...

Dah bulan JUN dah pun... Wahhh! rasanya mcm semalam je aku menyambut bday. bln Jun, my mom's bday pulak! on 13JUN nti... Wah! n father's day pun dlm bln jun is it? hmm... FATHER?

Td, aku buka album gambar lama, album tym aku kecik2 dulu... Comelnyerr aku tym kecik ;ppp. Aku belek2 sehelai demi sehelai album gambar edisi Nia Roslia... aku prasan, xbyk gmbr aku dgn bapak aku. Boleh dihitung, maybe dlm 3 or 4 gambar je. Mungkin sbb bpk aku byk jd jurukamera kut...

Aku tgk muka bapa dlm gambar, hmm... Xdelah handsome sgt die muda2 berbanding masa die dah tua belia ni. Bila aku tatap dan tatap gambar die, satu persatu pengorbanan die bermain dlm kepala otak aku... Biar aku bgtau bapa aku ni mcm mana org nya...

Nama die ROSLI BIN KIPLI, die suka benar guna initial nama die RBK kununnya jenama famous katanya... CEH!! Bapaku dilahirkan pada 13 November 1953... so tahun ni (2010) die 27 tahun... EHH! silap yer semua! 57 tahun... Sekarang barulah terserlah kehandsoman die. Dia mase muda2, menurut crita die dan rujukan dr org lain jugak, mase muda2 dulu, byk benda dia buat... Byk kerja yg die kerjakan. Aku bgtau yg aku tau jela sbb byk sgt, yg lain aku xtau kisahnye mcm mana... Bapakku seorg polis pada suatu ketika dahulu... Die cite die brapa tahun training kat KL, kat Jalan Semarak tu, depan UTM. Pastu berkhidmatla die dr thun brapa ntah til thun 79.. Xlama rasanya. Aku pun pernah la tanya kat bapa "pak, kenak bpk brenti polis maka bpk lelah2 brapa tahun training"... translationnyer "pak, knpa bpk brenti jd polis padahal bpk penat2 je training brapa tahun".. gitu la lebih kurang.. die jwb simple je, "cari pengalaman"... then die truskan kerja, sbgai operator kat mana ntah.. then die blaja selok belok komputer kat singapore then kerja kat Shell slama beberapa tahun, tetapi suddenly diberhentikan oleh Shell sbb dat tym da gawat kut, OR, tenaga kerja dah xdiperlukan.. IDK.. mase die kerja SHELL tu, kami dok kat MIRI.. so after die diberhentikan, kami pun pindah ke BINTULU.. kitorg xde rumah, kitorg menumpang kat umah pakcik yang baru kematian bini masa tu (ujung tahun 1996).. rumah die besar, tp die sorg tinggal so kamilah yg tinggal ngn die.. kat rumah die la aku kenal dgn GAME... dari zaman SEGA, Nitendo, Nitendo64.. tp zaman PS, aku dah xdok situ lg la.. huhu! rumah pakcik tu jugak la tmpat port2 keluarga berkumpul, kazen2 bertemu, pusat karaoke, pusat game, mcm2lah! eh ni crita sal pakcik ke BAPAK ni? okeng2... kita bebalik kepada topik asal...

okeng, masa dah pindah ke Bintulu balik, bapak aku xde kerja tau.. Mak aku pun lambat transfer so she still at miri masa tu.. tp aku ngn bapak aku kat Bintulu.. ngn pakcik2 aku lam umah tu, sabtu ahad je mak aku ada bersama kami.. so (tanpa terpesong lg), bpk aku kan xde kerja, die pun cari kerja la.. die bekerjasama dgn seorang cina, nama die SUMPAH XINGAT, yg aku ingat nama syarikat je, XEROX JAYA SDN BHD... (ampun! jgn saman saya!)... tapi bapak aku xbertahan lama kat situ, sbb ca ya nun alif tu tipu die asanya, bisnes congcangcongceng je... so die quit then menganggur (tahun 1998 rasanya)...

so bpk aku menganggur, mak aku la yg bekerja keras menyara kami.. masa tu akak aku kat Skudai kut, study kat UTM.. xingat sgt la or maybe still at mrsm KT, n abg aku kat MIRI, skolah sains.. aku masa tu baru darjah 2.. mak aku dah transfer Bintulu masa tu.. kereta TOYOTA CORONA pun bapak aku jual sbb maybe perlukan duit kut.. kesiankan keadaan kami.. biasalah idup ni ada jatuh bangun, so tu zaman kejatuhan bagi bapak aku.. then bulan 8 tahun 98, mak aku dpt flat kerajaan (tmpat aku tinggal sekarang), so pindahlah kami sekeluarga ke rumah baru.. terpisahlah aku dr kazen2, game2, astro (pakcik aku dah de astro dah masa tu), parabola, n mcm2 lg hiburan..

ni mcm crita pjalanan idup KAMI berbanding BAPA aku jer... hmmm ;pp

okeng2.. teruskan.. masa dah pindah pun still bpk aku xdapat kerja.. aku g skolah nek van skolah yg amek, tu pun aku terpaksa berjalan kaki dr rumah jauh ke jalan besar.. masa tu darjah 2 lg, sampai darjah 3 pun aku masih mcm tu.. dlm tempoh tu, bpk aku n slh seorg saudara (TAK MAHU MENTION NAMA), a woman, bekerjasama la, membangunkan syarikat based on IT.. kan bpk aku pernah study bnda2 tu.. mcm ade jgak nak wat kelas IT la sumting like that.. dah siap sewa lot kedai utk jadikan ofis but then... rupa2nya my dad kena tipu lg... bisnes congcangcongceng lagi.. my sedara tu lari kut.. ntah sjauh mana die lari.. sian my bapak masa tu.. pastukan..

aku tringat tau... masa tu tahun 96 kut, biasalah, aku tadika nama pun TASKI ABIM AL-HIDAYAH, mmg keagamaan la tu.. aku pernah la mulut langsi tanya soalan pedas kat bpk aku.. soalan nye gini "pak, kenapa bpk x sembahyang? kat skolah cikgu ajar kita mesti sembahyang sebab ALLAH suruh. kenapa xpernah tgk bapak sembahyang?" wahh gitu! tp bapak aku ni jenis cool jer.. die jawab "tggulah, blom da masa lg"... SO THIS IS IT! NAMPAK TAK HIKMAH DISEBALIK COBAAN ALLAH BERIKAN?... x?

kan aku dah mention tadi, bapak aku mengalami zaman kejatuhan.. dalam tempoh tu, aku perhatikan, bapak aku mula cari buku2 agama die, bkn buku2 yg dibeli, buku tebal, die tulis sendiri wirid2 la, doa2, n apa2 sahaja yg sewaktu dengannya.. aku pernah tanya "buku sape ni?" cuz tak expect tu buku bapak aku. die jawab "buku bapak la, zaman dulu bapak rajin skit".. masa tu tahun 1999..

cerita aku ni xtersusun ke? spatutnya aku tulis by tahun like this..
contoh:-

2010 - aku kena halau........

contoh sahaje ye, HUHU ;pp!!

okeng2, back to my story..

oke masa tu tahun 1999.. mak aku pun mula ikut.. mak aku dari xpakai tudung trus pakai tudung.. kalo x mmg mak aku ni ratu berpesen skit, rambut golong sana sini, tinggi la, jambul la, dan mcm2 lagi.. wah brubah la skit parents aku masa tu.. n YES! ALLAH S.W.T nak tunjuk la tu, die bg mcm2 cabaran dan dugaan... AKHIRNYA BAPAK aku kembali JALAN-NYA! aaa... aku? bila lagi? hmm..

semenjak itew.. rezeki mulai masyuk... bpk aku wat la keja sampingan baiki komputer org.. mak aku beli motosikal, senang bpk aku nak ulang alik kemana je... aku dah tak naik van sekolah!! sebab aku di hantar ke rumah makcik aku yg dekat ngn skolah aku masa tu.. huhuhuh!! awal2 dah terpisah skejap ngn parents.. ujung mggu baru bapak aku ambik aku bawa tdo kat umah.. HAHA! tp xlama aku dok situ.. smpai bis darjah 3 je..

tahun 2000.. asanya bpk aku dah ada kerja dah masa tu.. die buka syarikat membekal barangan ape ntah, yg pasti barangan komputer ttp ade.. bkn itu sahaja ye, die turut membekal kepada syarikat2 besar iaitu ABF, BINTULU PORT, PETRONAS n ntah ape lg la.. syarikat ni die usahasama dgn seorg cina, name die aku panggil UNCLE HENRY.. such a very good person.. bini die baik.. die mmg seorg cina yg baik, reti hormat, xberjudi, xminum, tp makan pork tu ade la.. HAHAHA! ALHAMDULILLAH sampai sekarang syarikat bpk aku bertahan, bapak aku as a Directing Manager.. bpk aku pun ade jgak anak syarikat tp ntah wujud ke x, xamek tau.. n de jgak syarikat beras.. ALHAMDULILLAH... NAMPAK TAK HIKMAH YG ALLAH BERIKAN? berkat kesabaran parents aku, lebih2 lagi bapak aku n sokongan dr isteri yg salu brada di sisi, mak aku.. sekarang kereta pun dah tukar dah... rezeki2...

eh we still in year 2000? oke2.. so after aku nek darjah 4, bpk aku la amek aku pagi dan tghari dr sklah.. nek motor.. tak lama lepas tu, ade rezeki lagi, so beli la kereta buatan MALAYSIA, proton iswara kaler turqoise.. so upgrade la sket idup.. tp bpk aku bg mak aku je pakai, sbb masih ade motor.. but once abg aku eksiden guna moto tu, bpk aku serta merta jual..

bez x cara bapak aku, die suka menghukum.. bapak aku salu bagi hukuman kat aku taw.. aku nakal sgt kut..

antaranya yg aku ingat :

1. bila aku kuar umah snyp2 g men ngn kwn2 - aku dhukum xboleh kuar slama bberapa tempoh yg dberikan.
2. aku guna telefon umah smpai bil mncecah brpa ntah - serta merta telefon umah diactivate n duit blanja skolah kena cut.
3. dsebabkan aku taksub tgk tv channel karton network - bpk aku serta merta unsubscribe channel2 hiburan (till now! dats y aku da xminat katon)
4. disebabkan aku kua kejap jmpa kwn baik (lelaki) aku xjauh dr umah - bpk aku xtegur aku selama setengah tahun
5. disebabkan aku overspent duit mingguan dan mmbelanjakan duit mara yg spatutnya aku xusik - bpk aku stop bank in duit mingguan aku yg bjumlah rm150 seminggu setiap sabtu.. dislike! this happen awal thun aritu, ketulahan aku kan ;ppp

n byk lg hukuman2 yg telah dijalankan ke atas aku ni, berat2 pun ade.. itulah bpk aku.. die ikut mat saleh slu hukum anak2.. UNTUK KEBAIKAN...

till now, ALHAMDULILLAH, walaupun kami bknlah dari golongan keluarga yg berada, tp limpahan rezeki dariNYA mmberi pluang utk kami idup senang.. wlupun mcm tu, bpk aku sentiasa ingatkan jgn lupa dgn org susah.. selalu die ingatkan aku tym makan.. die kate "kau beruntung lahir zaman ni, merasa ko mcm2 benda, mknan2.. cuba tgk kawan2 ko yg lain, terliur je diorg tgk ape yg ko mkn.. makanan yg dorg mampu beli sebulan sekali ko boleh mkn hari2..."

actually skrip tu aku dah afal sbb brapa kali ckp kat aku ntah.. huhu ;ppp

abang n kakak aku salu jeluz dgn aku sbb apa yg aku nak, aku bole dpt dgn mudah dr bapa aku.. hahah bangga2! ye la, zaman kami berbeza.. tp bpk aku sikit pun xmembeza2kan anak2nya..

bpk aku seorg yg EGO sangad2.. die xkan ngaku slh die ke, ape ke.. mcm bila aku da start2 jauh dulu, bpk aku call aku sehari 2x.. lama2 kin kurang2.. sminggu 3x ke ape ke.. penah die sound aku "nia ni lame dah xmiskol2".. aku jwb "ala kn salu bpk kol... rindu ke?" bpk aku pun jwb "ceh! saja nak check.." cewahh! pdhl rindu giler tu..hehe!

bpk aku seorg yg friendly.. tp utk stranger, die lmbat sket la friendly.. kalo x, die byk mulut, byk ckp, byk crita.. die ngn kwn2 die kalo bjmpa mmg lama la nak tggu die abes bebual.. byk sgt crita org tua aku ni.. kalo kat majlis2 keramaian keluarga pun sama, kalo jmpa yg satu kepala, panjang la critanya.. n bpk aku pun jenis suka nyakat, kat majlis keramaian mmg die suka nyakat2, gurau2 ngn kluarga2 lain.. kdg2 without my dad, xbesh majlis tu.. salu kat umah, ngn aku la die byk crita2.. mcm2 crita la! crita zaman Nabi2, crita zaman die dulu2, crita ini, crita itu.. menyakat aku mmg salu la.. HAHA! kdg2 rahsia pun die salu bgtau aku.. kitorg salu ade hobi same.. karaoke la, tgk tamil (wajib), tgk F1, n byk lg la.. tu la die bezpren aku selamanya.. hehe!

bapak aku boyfriend aku? iyer.. die pun my boyfriend yg sejati jugak.. sbb kitorg salu tgk love story sama2... which is crita TAMIL.. hahah! most of the tym, aku spent ngn bpk aku berbanding mak aku.. sbb aku daddy's gurl.. hehe! dulu2 kan, aku salu cuti ujung tahun d hantar ke KL, kat kakak aku.. kira proses pemulihan akhlak la.. hahah! pas tu tym aku da enjoy2 kt KL, bpk aku soh aku balik cepat.. rindu la tuh! hahaha! die ngaku sikit je, die bosan kat umah.. HAHAHA!

bpk aku ni seorg yg kuat sgt membantah tau.. means, membangkang la.. ade je die nak bangkang.. bpk aku ni mgkin tetap pendirian kut.. org ckp A, die ckp B, org ckp C, die ckp B lg.. heheh! die xmudah nak terikut sgt la ape org ckp kut..

bpk aku ni seorg yg setia! mmg la die still dgn mak aku.. tp.. maksud aku, die setia tu.. ermm caner nak describe aa?.. ermm.. okeng2.. mcm contoh yg jelas yg aku nmpak, die setia pd 1 brg.. contohnya minyak wangi die ttp giogio amani.. oke tu common lg, mcm mknn tau, die tiap2 pagi makan roti bakar tanpa rasa jemu selama berpuluh2 tahun (sumber dr mak aku)... iyer! til now! byk lg la actually cuma aku xleh ingat skrg.. maklum la.. pukul brapa dah ni.. hehe! n haaa satu lg, bahan utk die cecah2 tym makan is, kicap masin + sedikit perahan limau + cili.. tu pun dah berpuluh2 tahun dah.. die salu cicah ikan kat kicap tu..
cuba la kat umah, especially ikan goreng cicah ngn kicap sprti yg dinyatakan.. sedap! bertambah selera!

bpk aku ni bijak! wahh! xdelah, maksud aku, decision die salu ade je sbb2 tersembunyi yg kita xtau.. sbb die salu bermain dgn fikiran die, n bfikir jauh.. die salu bg aku soalan2 cepu emas.. ade je soalan die suka nak belit2kan fikiran aku.. huhu!

aku xstuju bpk aku ni seorg yg romantik, cara die tunjuk kasih sayang tu pun xla seberapa tp boley rasa.. aku ni membesar sorg2, wlpn aku ada kakak n abg..
aku la racun, aku la penawar kat umah.. skrg ni mak n bpk aku sdg meniti hari2 tua mereka.. aku adlh anak yg paling lama tinggal dgn parents.. kalo boleh aku nak jaga parents aku nti, lg2 bpk aku.. kenapa aku fokuskan kat bpk aku, sbb... aku tau mcm mana prangai bpk aku more than my bro n sis.. die sgt2 fussy, perfectionist n ape ntah lg.. aku pernah jg die sakit dulu (thun 2005, skit demam campak).. eventhough xde la tough mana sakit tu, tp bpk aku tym sakit mmg bising.. xmcm mak aku, diam jer.. aku la jaga bpk aku tym tu n aku tau dah prangai die mcm mana kalo sakit.. tp aku xmintak la die sakit kuat nti.. aku sayang die.. so do my mom.. tp aku ni perempuan... nti kalo aku da kawen mcm mana? sapa nak tgk2 kan mak bpk salu.. kakak abg aku kawen dgn org semenanjung... aku nti xtau jodoh dgn siapa.. kerja dkt mana, jauh dr mak bpk..
nti kalo dah bersuami, kena ikut suami.. tp aku ttp simpan niat, aku nak jg diorg..

sesungguhnyakan, walaupun entry ni aku wat secara santai.. tp sebenarnya, air mata aku mencurah2 mngalir xtentu pasal.. baru ni aku balik cuti, kat dapor, mcm2 makanan yg aku nmpak, biskut ini biskut itu, breakfast cereal la, n apa2 jela.. aku tya mak aku sjak bila bpk beli bnda2 ni semua..pastu mak aku jwb n aku trus sayu...

"dia salu beli mcm2 bw balik umah.. mcm aritu cornflakes besar die beli, mlm2 tgk tv makan dgn susu..." aku gelak lg masa tu.. mak aku sambung.. "kropok2 la die bli, mcm2! aneka jenis.. mgkin die baru nak merasa semua tu, mgkin baru nak enjoy semua tu, kalo x dulu, beli pun sebab mngenangkan anak nak mkn.. bia dia xmkn, asal anak2 dia mkn.. dulu nak beli apa2 mesti mngenangkan anak2, skolah la apala, tpaksa tahan nafsu dulu.. tu la skrg ni die byk enjoy makanan2 tu"

betul.. dulu pun bpk aku byk gak beli mcm2, tp die xmakan, aku jgak yg makan.. tu la aku pelik, aku xde kat umah pun makanan2 tu suma masih jgak ada.. pasal tu la aku tya mak aku then mak aku jwb mcm tu...

bpk aku ni xtunjuk die syg, xtunjuk die rindu, xtunjuk die prihatin, xtunjuk pengorbanan die.. kdg2 xboley rasa pun sbb bpk aku ni ego kuat sgt.. tp sbnrnya kalo kita reveal btul2, besarnya pengorbanan seorg bpk tu thadap keluarganya sampaikan die xtau nak tunjuk mcm mana dah kat keluarganya.. aku xdpt byg kalo aku kehilangan bpk aku sbb dia adalah segalanya bg aku.. he's my supereverything!

wlupun kdg2 aku ni degil, xdgr ckp la, ape la.. bila fikir2 balik, nyesal kat bapak.. tp xguna nyesal.. yg patut kita fikir, mcm mana kita nak balas balik segala2 yg die dah pertaruhkan demi aku n kakak abang.. mcm2 dah die buat utk sara kami.. kalo you all nak tau bpk aku sbnrnya, aku ni, Rosli junior la ni.. tp versi prmpuan.. HEHE!.. sbbnya, byk perangai2 n sifat2 bpk aku, aku ambik kalo u all prasan la.. bakat2 seni pun aku bolot jgak.. kecuali bakat mlukis.. bpk aku reti lukis, tp bakat tu abg aku ambik.. huhu!
sikit2 je ambik kat mak aku, contoh cam baik, xkdekut, sabar.. ;ppppppp

gila panjang entry aku.. dr kol 2 lebih aku start skarg dah kol 5.32 a.m... pergghh! xsedar lgsung kot! skrg ni aku masih cuti.. aku nak manfaatkan masa aku sebaiknya ngn parents aku.. lepak2 ngan mak, dating2 ngn bapak.. sronok!

actually kalo nak crita sal bapak aku, mmg aku enjoy.. sbb he's funny, fun, unique, weird.. HAHA! ntah pnjang mana pulak entry kali ni... ehehe!

Ni la Encik Rosli yang handsome...

meet my boyfriend... Lousili... ;ppp

I LOVE YOU SO SO SO SO MUCH!
LUCKY MY MOM HAS A GUY LIKE YOU!
JELUZ2! HAHAH!
MMUUAAHH!

...AI...

means...

...LOVE...

the word that always make me think of you
WO AI NI BABA!


♥HAPPY FATHER'S DAY♥


chowbedah!
* thanks for read this!