Friday, July 16, 2010

cerita si khanas...

assalamualaikum...

ape yer aku nak post kali ni...? aku teringat cerita yg diceritakan oleh lecturer aku dalam kelas law. dalam minggu ni jugak kut... sebagai selingan untuk merehatkan minda la. nak tau kisahnyer?

ceritanya begini...

pernah dgr nama khannas? aku tak pasti la ejaan betul ke tidak tp itu la lecturer aku sebut. khannas tu nama anak syaitan. kisah khannas ni berlaku pada zaman nabi Adam dan Hawa. si Hawa ni teringin sangat nak ada anak, dalam keadaan die teringin tu, sifat keibuan die sangat tinggi. semua pun sedia maklumlah, kerja syaitan ni xsah xmenyesatkan manusia. so si syaitan plan la strategi die yang busuk tu...

suatu hari ni, syaitan dtg dgn menjelmakan diri bersama anaknya bernama khanas...
"Hawa, boleh tlg jagakan anak aku? aku ade hal kejap." Hawa pun dengan seronok menyambut bayi syaitan yang bernama khannas tersebut. tak lama kemudian, Adam balik lalu melihat isterinya sedang menguruskan bayi. Adam tau bahawa itu adalah helah syaitan yang cuba menyesatkan mereka.

"Buat ape nak jaga bayi syaitan ni, sudah, tak payah jaga lagi!" kata Adam lalu mengambil bayi tersebut dari tangan Hawa dan terus mencincang-cincang bayi itu dan seterusnya menggantungkan daging-daging bayi itu di atas pokok.

tak lama kemudian, syaitan datang ke rumah Adam dan Hawa untuk mengambil semula anaknya, si khanas.
"mana anak aku?" syaitan bertanya kepada Hawa.

"tu, Adam dah gantung kat pokok" jawab Hawa sambil menunjuk ke arah pokok yang dimaksudkan.

syaitan relax lagi, dan die pun memanggil anaknya untuk pulang.

"khannas, khannas... mari kita pulang nak..." biasala, syaitan kan boleh transform nak jd ape die suka. so khanas pun transform balik menjadi bayi. huhu!

keesokkan harinya, syaitan yang tanpa berputus asa dtg lagi ke rumah Hawa. dengan sifat keibuaan yang sangat tinggi Hawa tidak menolak untuk menjaga khannas. Adam pulang ke rumah dan melihat lagi bayi syaitan berada dalam rumahnya. Adam marah lalu mencincang bayi tersebut dan meletakkannya kedalam perigi. tak lama lepas tu syaitan datang untuk membawa anaknya pulang.

"mana anak aku?" syaitan bertanya kepada si Hawa.

"Adam dah cincang letak dalam perigi" jawab si Hawa. syaitan relax jer, seperti biasa die pun memanggil anaknya.

"khannas, khannas, come to mama! (kununnyer)" maka si khannas pun transform semula menjadi bayi lalu syaitan membawanya pulang.

syaitan ni memang tak reti serik nak mengganggu hidup manusia kan, so esok die datang semula membawa anaknya untuk dijaga oleh Hawa. Hawa tidak menolak untuk menjaganya. tak lama lepas tu, Adam pulang ke rumah dan sekali lagi Adam melihat Hawa masih menjaga bayi tersebut. Adam dah fedup lalu berkata...

"Hawa, kita cincang saja bayi syaitan ni dan kita makan. biar die xboleh transform lagi jadi bayi."
maka bayi itu pun dicincang-cincang lalu dimakan oleh Adam dan Hawa dengan harapan khannas tak transform lagi menjadi bayi. tak lama kemudian, syaitan kembali untuk mengambil anaknya.

"khannas, khannas! khannas kat mana, mari kita pulang sayang..."

"khannas dalam perut Adam dan Hawa ni ibu" kata si khannas.

"haa... bagus! dudukla diam2 dalam perut mereka. memang itupun yang ibu nak" kata si syaitan dengan bangga riak takbur angkuh dan sombongnya...

so... adakah anda pembaca-pembaca faham apa yang dimaksudkan dari cerita ini...? kita adalah generasi Adam dan Hawa, maka khannas pun turut diwariskan sekali kedalam diri kita manusia ini. nak bagi jelas, walaupun kita tau dalam bulan puasa, bulan ramadhan, syaitan suma diikat kan? tp still ade manusia yg masih membuat perkara-perkara yg xbaik kan, walaupun syaitan xmenghasut dlm bulan tersebut. ini kerana khannas dlm diri kita tu wujud dan menguasai diri kita utk membuat sesuatu yg xelok.

jadi, kita sebagai manusia, kenalah tau untuk mengawal khannas dlm diri kita dr menguasai kita untuk melakukan sesuatu yg xbaik... saya ni xla baik sgt untuk menyampaikan pesanan ini, tp kita sama2 la beringat kan.. hehe!

terima kaseh sbb sudi bace! minta maaf kalo jalan crita diatas ade salah ke ape ke, sy cuma menyampaikan semula cerita yg dicritakan oleh lecturer sy.. yang penting, moralnya!
chowbedah!


2 comments:

asyurul said...

wow! Such a great entry for today!!

NiYA said...

thanks dude!

Post a Comment