Wednesday, November 3, 2010

Jangan Takut Untuk Kahwin Awal

Assalamualaikum!

hai sume! yep2.. tajuk entry kali ni mmg menggalakkan kita2 ni khususnye yg sbaya ngn aku ni utk kawin awal.. hahaha
jgn kata aku menggatal plak kan.. haha
elok niat aku tuu..
kahwin nak elak fitnah lg dan bermacam2 lah benefitnyer..
aku xkesah actually kawen awal ker, separa awal ke, aher ke..
tp kalo boleh xnak la lewat2..
bkn sebab xnak dilabel andartu..
tp kesian la nanti kat anak2..
misal kata kalo kawen lewat kan, pastu kononnye, lewat dpt anak..
umur kita pun meningkat kan, nti xkan anak masuk darjah satu umur kita dah nak masuk 50 kud?

mmg ramai yg bg alasan nak enjoy dulu la, nak habiskan mase bujang la ape la what so ever..
xkesahlah, hak masing2 kan..
tp kalo aku, aku nak kawen awal kalo boleh..
lg pun aku da jumpe org yg betul2 sesuai ngn aku... hihik!
tp biarlah semuanya stabil dulu.. tu pun kalo boleh nak stabilkan cepat2.. haha
stabil dr segi pelajaran, kerja, kewangan.. kan?
tp sbnrnya, kita berpasangan ni utk menyenangkan satu sama lain..
kalo psgn kita susah, kita ringan2kan la diri nak tolong, bukan bagi beban lagi..
kannn?

hah..
actually aku baru pas bace satu notes kat fb..
ttg kawen awal ni la..
aku suka sgt luahan hati seorg perempuan ni..
nak tau kan?
jum baca!

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…


Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.


Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.


Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.


Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.


Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.


“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.


Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.


Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.


Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.


Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.



haaa..
bez x? tu baru betul2 luahan seorg perempuan pasal kawen awal ni..
bez je die kan, boleh serumah dgn senang lenang ngn org yg die cinta..
boleh berkepit tanpa rasa segan silu kat mana2 pun ngn org yg die kasih..
boleh bermesra2 tanpa had ngn org yang die sayang...
jeluz nih jeluz!
harung susah senang bersama2..
mase tu la kita menghargai pasangan kita..
n aku suke ayat die mengenai belanja perkahwinan..
ase terpukul jugak aku la..
huhu!
xyah ikud ckp die pun xpe, hak individu ye tuan2 dan puan2..
tp ade kebenaran jugak die berkata2..
kawen muda, pastu, duit pun xseberapa..
arap parents lagi, nak carik duit kat mana nak wat majlis grand2..
lain la dah lame membujang cari duit, kawen lewat2..
ade jugak duit lebih kan..
aku nti nak wat simple je kud..
insyaAllah.. kalau ade, ade la majlis besar2nye, tu pun aku nak simple jugak..
hahaha sbb aku ramai sgd family...

bile die buka cite belanja utk anak2, aku tersedar gak..
duit anak2 lagi nanti..
kos belanje itu ini..
keperluan hidup lagi, rumah, kete, makanan, perabot...
nahhh...
kena menyimpan byk2 nih..
sedangkan tym dating pun byk berhabis.. huhu
inikan pula nak wat blanja kawen..

n aku stuju dgn penulis nih, yg pasal mentaliti masyarakat yg berotak sempit..
contohnye, kawen mude mesti ade kes tuh, kawen sbb nak tutup malu jer..
xpun, buat malu je blaja tnggi2 tp hantaran xdpt..
or, kesian hantaran sikit jer, kawen ngn org miskin la tu..
hape nyer mentaliti laaa..
bkn stakat makcik2 je taw, org mude pun byk yg mentaliti gini, sempit tol!


aku tau kluarga aku cam mane sbb akak abg aku dah ade pengalaman..
kitorg humble jer, xmintak byk..
fmily kakak ipar pun same..
xmintak byk, asal jalan jer..
hukum agama lagi penting isn't it?

okeh2 sudah2!!
mls nak ckp byk..
aku rasa aku dah bersedia utk kawen..
anda bagaimana?
ahahaha!
chowbedah!

3 comments:

Nana Hamdan said...

saya ak kawen nak kawen !!
boleh ?
haha thanks coz follow gua . Jyeah!!

boodak setan said...

takde maknanya nak kawen awal

boodak setan said...

takde makna nak kawen awal2 hahahahaha

Post a Comment